Tuesday, February 22, 2011

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata jibrail datang kepada Nabi Muhammad pada waktu yang jarang didatanginya dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w:

"mengapa aku melihat kamu berubah muka?" jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahanam itu benar,dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasakan aman dari padanya."
 lalu Nabi s.a.w bersabda: "ya jibrail, jelaskan padaku sifat jahanam." jawabnya: "ya. ketika Allah menjadikan jahanam, maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya itu..

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan baju ahli neraka itu dgantung di antara langit dan bumi kerana panas dan bahananya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai daripada neraka yang disebut dalam Al-Quran itu diiletakkan di atas bukit, nescaya ia akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh..

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, neraka jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan nyalaan api...


Sunday, February 20, 2011

Pintu-pintu Api Neraka

api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pitu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang lelaki dan perempuan.

Nabi s.a.w bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka. Daripada bahagian atas pintu sehingga ke bawah kepanasannya berlainan, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."

Rasulullah s.a.w bertanya: siapakah penduduk masing-masing pintu?
jawab jibrail:

"pintu yang terbawah untuk orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s serta keluarga Firaun. Bernama Al-Hawiyah

pintu kedua ialah Jahim iaitu tempat bagi orang-orang musyrikin

pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar

pintu keempat iaitu Ladha, tempat iblis dan pengikutnya dari kaum majusi.

pintu kelima tempat orang yahudi bernama Huthomah.

pintu keenam tempat orang Nasrani bernama Sa'eir.

kemudian Jibrail diam, segan pada Rasulullah s.a.w, sehingga ditanya padanya:

jawabnya: "di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang telah sampai sebelum sempat mereka bertaubat."

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Baginda di pangkuannya sehingga sedar kembali  dan ketika sedar Nabi berkata: "Ya JIbrail sungguh besar kerisauan dan aku sangat sedih, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?
"jawab Jibrail: "ya, iaitu orang yang melakukan dosa besar dari ummatmu."

Rasulullah menangis, Jibrail turut menangis, kemudian Rasulullah masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan ketika sembahyang Baginda akan menangis dan berdoa kepada Allah.

(Dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")